Syukur alhamdulillah...
After all struggle that i've been through... November - December 2012 create a lot of smiles on my face all the way....
Bermula dari mini gathering ke beberapa gathering yang tak dirancang buat saya jadi tak duduk diam. Penuh dengan aktiviti dan gelak tawa. Cabarannya ialah membahagikan masa kerja.. nasiblah kerja sendiri. Boleh cilok cilok untuk keluar dengan Effy, Farah, Yam, Eni & Hasnah.
Paling tak menyangka ialah saya akan ke wedding Eha. Jumpa semula dengan Bad, Ain & Azhar. Hari itu kepala saya jadi sedikit fening, sebab bila dah tua - tua ni.. terlalu banyak mutual over mutual. Kawan matrix bercampur roommate bercampur kawan kolej. Akhirnya kami jadi saling mengenali dan lebih rapat.
Subhanallah. Indahnya aturan Allah.
Persahabatan yang ikhlas adalah perkara yang paling manis dalam hidup. Bila kita mengenali kekurangan dan kelebihan kawan, kita akan lebih menghormati dan cuba sehabis baik untuk menjadikan sesuatu program lancar dan menyeronokkan.
Jom Hijrah bersama Dr Mir Hazil , Ust Akhil Hayy @ Uia Gombak. Pic : Beloved K.Su, Me, Angah |
Belum lagi cerita anak-anak di Sg Buloh - Ummi & Angah yang merengek-rengek tunggu Kak Timah dia ajak berjalan. Haha. Apa nak buat dik non, makin tua makin bz. Ahaks ! Sebenarnya, lagi seronok sibuk macam-macam hal dari duduk melengu kebosanan tak de passion untuk hidup.
Kemunculan si sepupu - Alilah untuk datang bersama menjayakan Biomil dengan syarikat saya umpama bulan jatuh ke riba. Begitu juga Diba yang sedang kebosanan menghabiskan sisa cuti sementara menunggu praktikal, datang untuk team-up bersama RealShoppe. Tiba-tiba hidup saya terasa penuh dengan adik-adik. :D
Entah bagaimana, bilik saya di rumah tiba-tiba jadi terlalu kecil. Sebab tak muat nak tidur berjemaah atas tilam. Sejak bila korang membesar ???? Oh..! Terasa macam masih baru lagi tidur dengan ummi & angah atas tilam yang beralas plastik. Sebab takut dorang kencing malam masa umur 3-4 tahun. Ha ha ha ! ( Jgn marah dek... kisah berpuloh tahun lepas. Keke )
Oh, beza saya dan Ummi ialah 10 tahun. Dengan Angah 11 tahun. Tapi saya selalu layan mereka dengan cerita-cerita 'sosial' sebab ingatkan sebaya dengan saya. Erk, adakah Ima yang terasa muda, atau dorang yang cepat tua ? Ha ha.
Apa pun 2013 ialah tahun akhir untuk Ima jadi baby sitter untuk aktiviti Cousins Day Out. Huuu.. gua udah capek !! Malas nak drive dah weeii.. Korang plak bawak akak k... i follow je :D
Klimaks untuk keseronokan berganda ialah bila ada kehadiran Mak Tam & Ude Purple masa kita pergi Bukit Tinggi tu. Kan ? Kan ? Part naik tangga berhongeh-hongeh kat Japanese Garden adalah sangat tak boleh lupa. Ha... ! Satu lagi part bila angah halau pak guard tu sebab die nak posing ambil gambar.
" tepi..tepi...tepi.. " sambil buat tangan menghalau.
Angah ! Kau memang the rock !
Sekarang ni rasanya memang tak mampu lah nak tulis semua peristiwa kat dalam blog. Nak letak gambar dlm blog ni pun rasa malas. Kekeke. Kerja banyak lah. Ada 1 lagi tempahan Wedding Guest Book untuk disiapkan sebelum 20 Januari 2013.
Dengan kesibukan kerja yang sangat tahap kopi mahkota dewa, tak tahu lah sempat ke idok buat. Hu hu.
Syukur Alhamdulillah, penutup 2012 adalah sangat baik. Yang pahit-pahit itu memanglah ada. Tapi kita abaikan je lah. Yang berlalu biarkan berlalu. Eceeh..
Semoga silaturrahim bersama kawan-kawan / keluarga akan terus berkekalan dan dijauhkan hasad dengki antara kita.
Love you all - so much.
May this 1434/2013 bring more joys & love to us.
May this 1434/2013 bring more joys & love to us.
Ima Zahra
3.10 ptg / 1 Januari 2013.