Monday, January 30, 2012
Saya seperti Bunga Api...?
Pernah sesekali saya rasa saya ini seperti Fireworks...Bunga Api.. ( hu hu..mode malam ni semua Cina kaya bakar bunga api ...)
Ya..
Bunga api HADIR memberi cahaya dan kegembiraan untuk SEKETIKA. Selepas beberapa minit selepas bunga api itu hilang dari langit, kegembiraan mereka yg melihat akan mula menghilang...dan kemudiannya lupa.
Hanya sesekali, bila ada acara, bila ada peristiwa, barulah mencari bunga api lagi.
Sesekali pernah saya rasa diri saya seperti itu. Hadir sebentar dalam hidup seseorang. Mewarnai, memberi cahaya, memberi keriuhan alam,...dan kemudiannya saya hilang dari pandangan mereka kerana adatnya. Mungkin lupa, mungkin ingat bila hanya ada peristiwa.
Entahlah..
Saturday, January 28, 2012
Anakku si Umang-umang membuatku Homesick
Oh - oh ! Abah memang selalu perasan anak dia baru 4 tahun. Maka pada harijadi saya yang lalu...dibelikannya saya 11 ekor umang-umang yang siap bercorak upin ipin, naruto, shin chan.. He he.. Terima kasih abah.. Memang teringin nak bela si umang-umang ini sejak dulu lagi..tapi tak dapat restu mak.
Tapi disebabkan abah yang beli di Yogyakarta...dan kemudiannya bersusah payah simpan dalam beg, lalu imegresen, turun naik kapal terbang...Wahhh bertuah kau orang yerr... maka mak pun tak tercakap apa.
Dari geli geleman tengok budak-budak ni,,sekarang mak dah pandai busuk hati tolak-tolak bontot si besar itu biar dia tergolek-golek. Ha ha.
Bila pergi kerja...rasa tak sabar nak balik sebab nak tengok anak-anak umang ni hidup ke..mati ke.. Hm... apa pun dah 4 ekor kojol. Ha ha. Tu semua tak cukup tenaga mental untuk menghadapi cabaran hidup di Kota Kuala Lumpur la tu.. Kuikuikui..
Bila ada yang pandai merayap keluar dari bekas..maka saya jadi 'meroyan' tak boleh tidur sebab kehilangan anak. Rupanya seronok juga membela mereka sebab masing-masing ada perangai tersendiri. Bab kuat berak tu yang tak tahan !!!!
Sekarang ni, 2 ekor anak saya sedang bergembira jalan-jalan di dalam pasu pokok buluh... Lagi 5 ekor simpan dalam rumah... Yang bijak-bijak keluar & merayap harus di sekat kebebasannya !! Nanti menyusahkan 'mak' ( saye le tuuu ) nak cari anak..
Ha ha. Babai.
Wednesday, January 11, 2012
Syok gila Cyberview Lodge Resort & Spa !
Keseronokan tak terhingga pada 8/1/2012 yang lalu kerana telah bergumbira bersama kanak-kanak riang meraikan result PMR Angah. :)
Putrajaya tu jauh ke ?? ---Jauuuuuuuuuuhhhhhhh.....
.
.
.
Rasanya sebelah Argentina.
.
.
Sebab korang tak bawa passport, tak dapat lah kita melawat. Hu hu.
Lepak sebentar di Cyberview.
Siapa datang sini, dan tidak pernah berangan untuk menginap di sini untuk 1 malam --memang ada masalah mental !
Oh, restoran di Cyberview sudah mendapat sijil Halal.
So dont worry. Sila makan.
Jangan pula gatal order wine. Yang tu sahih2 Haram.
Nasib baik kanak-kanak riang itu belum solat Asar...kalau tak, mesti Mak Tam ajak lepak minum je kat Restoran Cyberview tu. Cis, melepas kopi secawan !
Maka, meneruskan perjalanan ke Putrajaya...
Menggayatkan diri sebentar di Masjid Besi.. Oh..pemandangan sungguh cantik. Tapi, Ima Zahra sudah keliru, waktu bila jemaah di masjid itu bersesak-sesak sehingga memerlukan lif,tempat letak kasut, tandas, tempat wuduk yang saling berjauhan dan memenatkan kaki ?
Kalau Ima Zahra sudah tua si bongkok tiga,Masjid ini tak cool langsung.
Tak bokonan den !
Apapun, pemandangan senja dari Masjid ini mencuri hati sehingga Angah jadikan header blog dia. Woohooo..
Dan kanak-kanak riang ini membuktikan gelaran mereka dengan bermain Wave Board di tengah-tengah dataran. Huuuiii eksyen kau yer?? Bebudak lain jeles tengok korang main.
Sehinggalah Ummi kebuluran, Mak Tam kemengantukan.. Kak Timah ?? Tak payah cakap laaa...sumpah mengantuk sejak ambik korang kat Sg Buloh.
Ini budak-budak kebuluran.
Dan kekenyangan. Ish ish..korang ini buat malu budak 2 tahun yang tiup lilin bbbrrruuuuhhh brruuuhh tu je...
Ternyata, itu semua lakonan semata-mata. Kerana selepas itu... tengoklah gelagat si baju oren itu.
Tapi ini yang live from Argentina. Tak tipu punya pengsan. Ha ha...
Semoga rajin belajar & dapat result cemerlang lagi... Boleh kita bersuka ria lagi...
Love you all...
Terima Kasih Mak Tam kerana menjadi pengarah program.
Saturday, January 7, 2012
Buku Nota untuk diconteng...masih kosong..hehe
La la la la... buku nota ini dibeli untuk menconteng idea. Tapi masih kosong.. Ups, bukan tiada idea tapi sibuk menconteng di kertas A4 terpakai.
Korang ada tak perangai sayang nak guna buku kosong sebab masih cantik ?? Hu hu. Jika ada, sila senyum sambil menyanyi dalam hati..." kita serupaaaa " :)
Baguskan buku tu... ada kata-kata keramat di dalam. He he.
" It's not enough that we do our best, sometimes we have to do what's required."
Err..moral of the story ?? Jangan nak bajet best sangat sampai menyibuk-nyibuk nak buat benda yang tak sepatutnya dibuat... Tu namanya men'capub'. Apa itu ? Mencari Publisiti . Okay ? Sekian pelajaran sekolah menengah.
Babai.
p/s : buku-buku berhikmah ini biasanya mudah di dapati di MPH.
Labels:
Ima Zahra as Blogger,
Otak Pelik,
Unique Notebook
Wednesday, January 4, 2012
3 foto..pandangan berbeza...
Ketika pulang ke kampung baru-baru ini, saya sempat merakam beberapa gambar di keliling rumah nyai.
Foto 1 : Jarak jauh - cuma pemandangan biasa..rumput dan pokok yang kelihatan tak terbela. |
Foto 2 : Jarak dekat. Sekadar foto tumbuhan renek yang tiada keistimewaan. |
Foto 3 : Close Up. Subhanallah..cantiknya jika kita menghalusi dan mengenali. |
Penilaian kita terhadap sesuatu mungkin berubah apabila kita melihat dengan lebih dekat serta mengamati perkara / objek tersebut.
Yang dilihat biasa-biasa - sebenarnya ada terselindung yang luar biasa.
Nilailah dengan mata, jarak, akal dan mata hati - pasti ada sesuatu yang akan dipelajari.
Hebatnya kuasa Allah.
Terokai alam diri. Kenal dalam diri.
Join Kursus Quantum Sukses untuk Hijrah Diri anda. Dari buruk kepada cantik. Dari jahat kepada baik. :) Klik gambar untuk info lanjut. |
Labels:
Entri yang ada gambar,
Ima Zahra as Blogger,
Inspirasi,
Reiki
Tuesday, January 3, 2012
Quilling : Selamat Pengantin Baru
Pada 1 Januari 2012, adik Kak Sri telah melangsungkan perkahwinannya. Siap pesan dengan saya, " datang tau ! jangan tak datang..kalau datang bawa hadiah besar-besar..mahal-mahal..."
Wah. wah. :)
Saya agak sibuk kebelakangan ini, jadi tak sempat nak quilling dahsyat-dahsyat.
Cukuplah sentuhan sederhana ini membezakan hadiah saya dengan orang lain. Hehe...
Bunga hijau kuning tu sepupu saya buat.
Semoga perkahwinannya kekal hingga akhir hayat.
Labels:
Kertas,
My lovely friends,
Quilling,
Wrapping Paper
Subscribe to:
Posts (Atom)