Friday, November 13, 2015

IF YOU'RE INTO NACHOS CHEESE , PLEASE COME TO CHEWBIT STATION, BATU CAVES

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi.

Tahun 2015 beri peluang untuk kami berkongsi kesedapan Nachos dengan rakyat Malaysia ( wooaahhhh ! ) . Zaman sekarang zaman cheese. Tak boleh elak. Orang Malaysia suka cheese. Lagi-lagi yang meleleh. 

Ini kegilaan baru yang kami wujudkan di Mamak Republic Batu Caves.


Sekarang tak bosan lagi jumpa kawan-kawan, boleh sambil kunyah Nachos yang kaya dengan cheese ni. Kalau suka pedas, kami provide Chili flakes. Tuanglah sebanyak mana yang anda mahu. Perrgghhh lagi pedas lagi mengancam. 

Cuba tengok ni....

Haaaa...mengancam kan ???


Jom kita zoom sikit. .... yeehaaarr~~~ nyyummiiinyeee ...

CERITA 1
Ada abang tu datang buat kali ke 2 " ha ! Inilah Nachos yang saya termimpi-mimpi semalam"
Amboi bang ! Hebat sungguh penangan Nachos Chewbit Station ni yer? ;)
CERITA 2
Ada kakak ni pulak, datang jauh - jauh hanya untuk tapau. Katanya, kami punya Nachos best, harga pun berpatutan. Siap tanya ada buka kat tempat lain tak ?
Alahai kak, setakat ni belum lagi. InsyaAllah, doakan kami murah rezeki, bolehlah buka kat depan rumah akak satu hari nanti. Masa tu akak belanjalah semua kawan-kawan sedara mara makan Nachos ye kak. :D


Make sure siapa yang datang makan tu nanti, jangan lupa bergambar, posing style legend punya.. lepas tu Hashtag #chewbitstation , Mention @chewbitstation dan bagitau kat semua followers korang. " Ini #nachossedap mesti layan ! " Okay !


Kalau lupa hashtag kami, tak apa ...jgn risau. Setiap kali order, kami akan bagi sticker lawa ni. Kat situ ada tulis Instagram & Facebook kami.

Siapa yang belum datang, boleh follow sekarang. Nanti boleh tahu update terkini kami. Manalah tahu , kami buat roadshow sampai betul-betul dekat pintu ofis ke ..pintu asrama ke.. kan kan...?
( over plak cik temah hari ni . hehehe )



Menu :
 Beef Nachos Cheese
Chicken Nachos Cheese
Nachos Cheese
Vege Nachos Cheese ( ini ada ikut musim )



Tengoklah muka-muka bahagia #chewbitfans yang dah pernah makan Nachos kami.








Apa tunggu lagi ? 

Jom , ramai-ramai serbu Mamak Republic. Cari Stall Nachos CHEWBIT STATION.
Kat sini ada ROTI BAKAR AMIRREKA , NAN CHEESE SEDAP, TANDOORI POWER, ROTI BAKAR TELUR MANIS. 




Ima & Abg Mahmud.
( Kat Mamak ni, orang panggil Abe Roy. Ntah mana si Fauzi ( Amir Raja Lawak ) ni kutip ntah )



Tuesday, November 3, 2015

Impian kerja company hamper tak kesampaian

Alkisahnya, saya meng-google company besar yang selalu buat delivery hamper & bunga segar kepada individu / korporat / pasaraya.'


Ada beberapa list no telefon untuk dihubungi.

Yang satu tu, alamatnya di Cheras. Oh tidak ! Saya tak sanggup untuk menghadap jem. Terlalu jauh dan pastinya tak berpadanan dengan gaji tak besar mana.

Ada satu lagi, saya boleh gagahkan diri. Maka, saya telefon tanya bagaimana nak apply ?

Tanya amoi tu " u mau bahagian hamper ke florist ?"

Saya " hamper " laju saja saya menjawab.

Amoi " tapi aaa, kita punya company ada balut itu barang tak halal macam arak tau ...u ok ka ?"

Saya errr.. diam sekejap.

" oh macam tu ka, tak apa lah, terima kasih  saja. "



Okbai.
#harapankumusnah